Provokasi perkauman perlu dielakkan kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh mendatangkan masalah ketegangan kaum.
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin setuju
dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya negara Malaysia menjauhi sebarang
provokasi berbentuk perkauman.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, provokasi perkauman itu
sememangnya perlu dielakkan kerana jika dibiarkan berterusan ia boleh
mendatangkan masalah besar kepada negara terutama ketegangan kaum.
“Sudah pastilah, kalau ada apa-apa provokasi perkauman, sudah tentu
kita tidak mahu ada masalah ketegangan kaum dan sebagainya,” katanya
kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Jualan Hari Sukan di Stadium
RSH, Mid Valley Megamall pada Sabtu.
Ketika berucap di dalam program Membara Jasamu Dikenang UMNO Bahagian
Pagoh 2015 pada Jumaat, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang
sudah lama merdeka, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana
Malaysia dimiliki oleh semua kaum sebagai rakyat di negara ini.
“Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan
sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai
antara satu sama lain,” kata Muhyiddin.
Dalam perkembangan lain, Khairy menyokong polis mengambil tindakan
terhadap peserta Himpunan Baju Merah yang menimbulkan kekecohan di Jalan
Petaling.
“Selagi mereka tak menyalahi undang-undang, kita tidak halang mereka untuk terlibat dalam mana-mana perhimpunan.
“Yang penting ada terbukti kalau mereka menyalahi undang-undang, yang itu maka tindakan harus diambil terhadap mereka,” katanya.
FMT
FMT

No comments:
Post a Comment