Thursday, September 3, 2015

Mahkamah arah Najib bela diri dakwaan belanja lebih PRU13 ?

 | September 3, 2015
Tengku Adnan, syarikat 1MDB dan SPR juga diarah memfailkan pembelaan terhadap dakwaan itu yang difailkan oleh pembangkang pada 12 Ogos lalu.
najib_Tengku-Adnan_1mdb_spr_600
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan pembelaan terhadap saman berbelanja lebih pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan pembangkang.

Selain Najib, tiga lagi yang diarahkan berbuat demikian ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peguam Najib, Choo Shi Jiu yang hadir bersama Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, anak guamnya perlu memfailkan pembelaan itu 1 Oktober.
Choo berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober, lapor The Malaysian Insider.

Manakala, Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.

Pada 12 Ogos lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memfailkan saman itu kerana Najib menggunakan dana RM2.6 bilion melebihi had yang dibenarkan dalam PRU13.
Saman sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi peguam Tommy Thomas.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengakuan Najib bahawa RM2.6 blion untuk dana pilihan raya ternyata melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.
“Ternyata, RM2.6 bilion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia,” kata Nurul Izzah.
FMT

No comments:

Post a Comment