Wednesday, September 30, 2015

Malu anaknya curi kondom, ayah cekik gadis itu hingga mati

30/09/15

Malu anaknya curi kondom, ayah cekik putrinya hingga tewas
Asadullah Khan. ©Mirror
Asadullah Khan, 51 tahun, dan isterinya Shazia, 41 tahun, asal Pakistan diseret ke mahkamah kerana membunuh puterinya, Lareeb Khan, 19 tahun.

Dalam perbicaraan, lelaki muslim itu   mengaku mencekik anaknya hingga mati setelah puterinya itu ketahuan mencuri kondom di sebuah  kedai kerana ingin bercinta dengan pacar yang tidak direstui.

Tabloid Mirror melaporkan, Isnin (28/9), dalam mahkamah di Darmstadt, Jerman, sang ayah mengatakan anaknya itu sudah membuat malu keluarga kerana menjalin asmara dengan lelaki yang tidak disetujui olehnya.

Sang ayah dan isterinya adalah pasangan yang menikah kerana dijodohkan orangtua dan Asadullah juga ingin melakukan hal yang sama terhadap puterinya.

Khan mengaku membunuh Lareeb pada pagi hari 28 Januari lalu. Menurut akhbar  Jerman Bild, peristiwa itu disaksikan oleh isterinya.
Setelah dibunuh, jasad Lareeb kemudian diberi pakaian lalu dibawa turun apartemen dengan kerusi roda. Mereka kemudian membawa mayat anaknya ke sebuah hutan dan membuangkannya di sana.

Seorang pejalan kaki kemudian menemui jenazah Lareeb sehari kemudian.

Menurut pengaduan ibunya di mahkamah, Lareeb lari dari rumah selama beberapa hari kerana bertengkar dengan kedua orangtuanya dan dia juga membuang jilbabnya.

"Suatu hari kami menerima surat dari polis  yang menyatakan anak kami mencuba mencuri kondom," kata sang ibu.

Sejak menerima khabar dari polis  itu ayah Lareeb marah dan melarang anaknya keluar rumah sehingga mereka membunuhnya.

Sidang kes ini masih terus berjalan.
 Edit dari Merdeka.com

No comments:

Post a Comment