24/09015
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan beberapa ahli DAP lain telah
membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk
Jamal Md Yunos berkaitan kenyataan beliau mengenai kemungkinan rusuhan
di Petaling Street pada hari Sabtu.
Merujuk kepada laporan berita
mengenai kenyataan Jamal semalam, mereka menggesa polis menyiasat
perkara itu dan membuat tangkapan.
"Kami minta polis menyiasat
kata-kata provokatif dan ancaman yang dinyatakan oleh Ketua Umno Sungai
Besar Datuk Jamal Md Yunos dalam artikel itu.
"Kami juga mendesak polis mengambil tindakan tangkapan dengan segera," demikian menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini.
Sementara itu, The Star
memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim
sebagai berkata Jamal akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa
terdekat.
Beliau dilaporkan berkata jika benar Jamal melahirkan
kata-katan ancaman itu dan dia didapati menghasut rusuhan, maka polis
akan mengambil tindakan.
Noor Rashid juga dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan memanggil Jamal dalam masa terdekat.
Beliau
dilaporkan memberitahu pemberita bahawa Jamal kini disiasat mengikut
Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan rusuhan, tetapi pihak polis juga
mempunyai kuasa di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah untuk
membuat tangkapan bagi mengelak sebarang jenayah.
Selain itu, beliau berkata, polis akan menggerakkan anggotanya di Petaling Street sebagai langkah berjaga-jaga.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment