Penyelesaian skandal itu akan memulihkan semula penyusutan nilai yang dialami Ringgit
PETALING JAYAA: Nilai Ringgit akan naik semula sekiranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.
Pandangan itu dibuat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz,
yang yakin penyelesaiannya akan membolehkan susutan nilai yang
ditanggung matawang itu dipulihkan.
“Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak
tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah
kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula,” kata Zeti sewaktu menjadi
panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di
Bangunan Sasana Kijang, lapor Astro Awani.
Katanya, Bank Negara telahpun menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB
dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.
“Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam
Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara.
Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini,” tambah Zeti.

No comments:
Post a Comment