Semua parti sepatutnya bergabung mengadakan
Perhimpunan Rakyat bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan segera
mengatasi masalah ekonomi.
PETALING JAYA : Pakar akademik menempelak parti-parti politik di
negara ini yang berlawan antara satu sama lain dengan mengadakan
himpunan untuk membuktikan sokongan.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, tindakan parti-parti
kerajaan atau pembangkang itu sebagai mengarut.
Katanya, jika mahu mengadakan perhimpunan adalah lebih baik kesemua
parti politik di negara ini bergabung tenaga mengadakan Perhimpunan
Rakyat bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan segera mengatasi
masalah ekonomi yang dihadapi ketika ini.
“Soal krisis ekonomi ini semua terkena, sama ada kepada penyokong parti pembangkang atau kerajaan.
“Setelah 52 tahun negara persekutuan kita ditubuhkan, marilah kita
bersatu atas nama Malaysia, bukannya atas nama perkauman,” katanya
menerusi status terbarunya di Facebook.
Beliau berkata demikian mengulas himpunan Bersih 4.0 yang diadakan
pada 29 Ogos lalu, Himpunan Baju Merah pada 16 September dan Himpunan
hijau yang bakal dianjurkan Pas pada 17 Oktober ini.

No comments:
Post a Comment