Grafik Sinar Online
SHAH ALAM - Ketika ketegangan hubungan Pas-DAP yang semakin memuncak,
kelebihan dilihat kini berpihak kepada Umno malah menguntungkan parti
itu sekiranya dua komponen PR tersebut akhirnya memilih untuk
benar-benar bercerai.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Mohammad Fuad Othman berkata , masalah yang berlaku dalam Umno tidak dapat dizahirkan secara jelas apabila pakatan pembangkang sendiri berdepan krisis yang masih tiada kesudahan.
"Di sebalik masalah yang berlaku dalam Umno, tetapi oleh kerana PR itu sendiri sedang mengalami gejolak yang cukup besar, jadi, masalah yang berlaku dalam Umno itu tidak dapat dizahirkan secara jelas.
"Sehinggalah baru-baru ini Tun Mahathir terus terang meminta Perdana Menteri meletak jawatan. Sebelum itu mungkin serangan-serangan Tun Mahathir berbentuk sindiran, teguran dan sebagainya, tidak pernah beliau meletakkan syarat supaya Perdana Menteri letak jawatan.
"Tapi untungnya (buat Umno) pada ketika ini PR juga sedang bergolak khususnya antara DAP dan Pas," katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Umno akan mendapat nilai tambah sekiranya mampu menyelesaikan kontroversi 1MDB dengan tuntas.
"Dalam keadaan Umno sekarang ini paling lemah, malangnya PR juga dalam ambang perpecahan yang teruk. Jadi, sama ada Umno akan mendapat nilai tambah atau tidak dalam cerita perpecahan ini bergantung pada bagaimana pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan isu besar sekarang, 1MDB.
"Jika beliau tidak dapat menjelaskan sebaik mungkin, untuk meyakinkan rakyat terhadap penjelasannya itu, maka ini boleh bukan sahaja memberi kesan kepada Umno, tapi juga BN. Itu diburukkan lagi oleh isu-isu berkaitan DAP," katanya.
Tambahnya lagi, "sebenarnya banyak faktor yang menentukan Umno atau BN akan mendapat manfaat daripada keretakan atau perpecahan dalam PR ini bergantung pada Umno itu sendiri dan juga strategi untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu pimpinan dan negara."

No comments:
Post a Comment