Jamal Yunus meminta tapak perniagaan di Jalan
Petaling ditambah dan diberikan kepada Melayu supaya kawasan itu tidak
dilabel rasis.
KUALA LUMPUR: Hak dan tapak perniagaan di Jalan Petaling tidak
seharusnya dikongkong dan ditawarkan kepada peniaga berbangsa Cina
sahaja, sebaliknya harus dikongsi dengan bangsa lain di negara ini.
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menyatakan,
ini bagi mengelak kawasan perniagaan di jalan tersebut digelar sebagai
kawasan rasis.
“Apa salahnya tapak perniagaan di Jalan Petaling Street ditambah dan diberi kepada peniaga Melayu?
“Mereka nak kita kongsi hak kita dengan mereka, tetapi mereka tidak
mahu kongsi hak mereka dengan kita. Jangan hanya dimonopoli oleh satu
kaum sahaja,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut tidak
menafikan bahawa Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu hanya didominasi oleh
bangsa Melayu.
Bahkan, beliau menyalahkan media sosial sebagai memutarbelit mesej
sebenar himpunan sehingga menyebabkan sambutan yang tidak
memberangsangkan dari bangsa lain.
“Kita alu-alukan bangsa lain datang, tapi mereka tak datang apa kita boleh buat, mesej kita diputarbelitkan oleh media sosial.
“Kita seru Melayu, Cina dan India datang, tetapi mereka tak datang,” katanya lagi.
FMT
FMT

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
ReplyDeleteTerima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih
indon tahi judi bengap
ReplyDelete