Peserta mendesak polis membenarkan mereka masuk ke
kawasan Jalan Petaling yang merupakan antara lokasi utama perniagaan
yang didominasi oleh kaum Cina
KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang
berkumpul di Jalan Petaling mencetuskan kekecohan apabila cuba merempuh
sekatan yang dibuat oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Para peserta menjerit dan meminta agar polis membenarkan mereka untuk memasuki kawasan perniagaan itu.
Sambil melaungkan “Hidup Melayu” dan menyanyikan lagu Inilah Barisan
Kita, ada antara peserta yang memegang poster gambar “Lim Kit Siang yang
ditulis dengan perkataan `Jangan cetus 13 Mei’ dan ‘Hormati Majoriti
Senyap Melayu Islam.
Peserta juga berjanji tidak akan meninggalkan kawasan itu sehingga
mereka dibenarkan memasuki pusat perniagaan yang terkenal di ibu negara
itu.
Menurut polis, peserta mula berhimpunan di hadapan pintu masuk kawasan berkenaan sejak jam 1 petang.
Kawasan Jalan Petaling merupakan antara lokasi utama perniagaan yang didominasi oleh kaum Cina.
Bagaimanapun, tinjauan FMT mendapati, tiada kelibat kaum Cina yang berada di Ibu Kota dan kebanyakkan mereka menutup perniagaan.
Polis berjaya menahan tiga orang peserta Baju Merah dan pihak
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang turut serta dalam
himpunan itu merayu agar polis membebaskan mereka yang ditahan.
Gas pemedih mata terpaksa dilepaskan bagi menenangkan keadaan.

No comments:
Post a Comment