Tuesday, September 15, 2015

Saya dah merata tempat cari isteri'

'Saya dah merata tempat cari isteri'
Laporan Sinar Harian 10 September lalu.
TUMPAT - “Masih belum ada khabar berita tentang isteri saya,” luah warga emas, Daud Derahman, 73, dari Kampung Ketil.

Daud berkata, dia masih belum dapat menjejaki isterinya, Esah Mat, 61, yang hilang sejak dua bulan lalu.

Menurutnya, dia ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang selepas kisah kehilangan isterinya tersiar di dalam akhbar ini, tetapi maklumat yang diberi tidak tepat.

“Saya juga sudah ke merata tempat cari isteri saya tu, tapi belum ditemui,” katanya.

Sinar Harian pernah melaporkan kisah Daud yang hilang punca menjejaki isterinya yang menghilangkan diri tanpa berita sejak dua bulan lalu.

(Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Esah Mat boleh menghubungi Daud di talian 014-8469203)

No comments:

Post a Comment