Artikel bertajuk `Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar
Bukhary Berkenaan Perdana Menteri' telah disebar di media sosial sejak
29 Ogos lalu.
PETALING JAYA: Jutawan yang juga Pengasas Yayasan Albukhary, Tan Sri
Syed Mokhtar Albukhary menafikan beliau menulis artikel berkenaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Artikel bertajuk `Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan
Perdana Menteri’ telah disebar di media sosial sejak 29 Ogos lalu.
Menurut Syed Mokhtar, beliau tidak boleh terus membiarkan perbuatan
menyamar menggunakan namanya lebih-lebih bagi tujuan yang menyalahi
undang-undang.
“Untuk mengelakkan keraguan atau kekeliruan, orang ramai boleh
merujuk ke laman web Albukhary Foundation yang menjadi medium rasmi
tunggal bagi Tan Sri Syed Mokhtar.” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Artikel itu telah mendapat perhatian dan diterbitkan semula dalam
blog dan tersebar menerusi media sosial di Twitter, Whats App dan
Facebook
Antara lain, artikel itu menyatakan Najib sebagai manusia biasa tak
dapat lari dari kesilapan dan kelemahan namun apakah sekian banyak usaha
baik yang dibuat beliau tak ubah seperti mencurah air di daun keladi
atau menjadi bangsa yang tak mengenang budi.
Tulis artikel itu lagi, sepanjang lima tahun berbilion bantuan dan
peruntukan kepada kaum Bumiputera diberikan oleh Najib, namun Melayu tak
penah sepatah mengucap terima kasih.
Sebaliknya apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan RM50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Najib.
Syed Mokhtar merupakan Pengasas Yayasan Albukhary dan telah berkhidmat sebagai Pengerusi sejak ditubuhkan pada Mac 1996.
Yayasan Albukhary tidak terlibat dalam politik kerana sebuah
organisasi amal, pendidikan dan inisiatif budaya yang merapatkan jurang
di antara golongan miskin dan kaya serta masyarakat Islam dan bukan
Islam.
Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan jutawan Bumiputera di Malaysia
dengan memiliki aset sebanyak RM167 bilion yang memiliki pelbagai bidang
perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan
hartanah, pertahanan dan kejuruteraan dan janakuasa elektrik.
No comments:
Post a Comment