Perpecahan yang berlaku dalam UMNO Sabah akan membuka
lebih banyak ruang kepada PKR untuk memecahkan undi kerana negeri itu
merupakan deposit tetap Barisan Nasional.
PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kepemimpinan
UMNO Sabah bergaduh dan bercakaran sesama sendiri kerana terlalu ghairah
mengejar jawatan dalam kerajaan.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa, senario itu dapat
dilihat apabila dua menteri dari Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun
Said dan Datuk Abdul Rahman Dahlan ghairah mempertahankan Perdana
Menteri dan membuat kenyataan menempelak Datuk Seri Shafie Apdal.
“Tiga jawatan utama kerajaan iaitu dua menteri dan Speaker Dewan
Rakyat dipusatkan kepada UMNO Kota Belud sedangkan keseluruhan wilayah
Pantai Timur Sabah tidak mempunyai seorang menteri atau penjawat utama,”
katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.
Rafizi mendakwa, perpecahan UMNO Sabah akan membuka lebih banyak
ruang kepada PKR untuk memecahkan undi Barisan Nasional kerana negeri
itu menjadi deposit tetap BN.
Dalam sidang media itu, Rafizi mengumumkan kemasukan bekas Setiausaha
Agung Parti Liberal Demokratik (LDP), Loretto Padua Jr ke dalam PKR.
Katanya, Loretto akan membantu PKR untuk memenangi lebih banyak kerusi Parlimen yang mewakili kaum Kadazan Dusun Murut (KDM).
Katanya, Loretto akan bekerjasama dengan Pengerusi Majlis Pimpinan
PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin dalam menguatkan arus perubahan di
Sabah terutamanya di kalangan pengundi KDM.
FMT

No comments:
Post a Comment