Mereka dikatakan tidak faham dengan aturan mesyuarat di Parlimen
KUALA LUMPUR: Tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang
berterusan menggesa agar undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana
Menteri disifatkan sebagai perbuatan bodoh.
Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
yang mempertikaikan tindak tanduk segelintir dari mereka yang masih
tidak faham mengenai urusan aturan mesyuarat di Parlimen.
“Banyak ahli Politik bodoh, nak berpolitik tapi urusan Parlimen tidak
faham. Saya sebut ya, bodoh. Kalau tidak reti, eja b.o.d.o.h.
“Ia termasuk sesetengah veteran yang sudah lama jadi Ahli Parlimen tetapi, masih tidak faham lagi,” katanya.
Mengulas lanjut, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak wujud dalam sistem
Parlimen di negara ini.
“Banyak kali saya sebut, lebih 14 tahun saya jadi menteri dan lima
tahun sebagai menteri yang menguruskan tatacara di Parlimen, tidak wujud
mengenai usul undi tidak percaya.
“Malah, tidak ada satu peruntukan khusus untuk sebarang undi tidak
percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana Ahli Parlimen,” Katanya
kepada pemberita selepas merasmikan upacara Tourism Hunt pada Ahad.
Pada masa sama, Nazri turut menjelaskan bahawa usul undi tidak
percaya memang tidak wujud, namun, ia tetap boleh dilakukan tetapi
dengan cara tidak langsung.
“Sebagai contoh, di dalam Pembentangan Bajet 2016, atau mana-mana
Rang Undang-Undang (RUU), kerajaan telah ditolak dan itu secara tidak
langsung boleh dibaca sebagai undi tak percaya
“Sebab, sepatutnya kerajaan tidak akan kalah kerana kita ada majoriti,” ujarnya.
FMT

No comments:
Post a Comment