MCA perlu membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan
Cina, barulah boleh menuntut ini dan itu. Jika tidak, tidak perlu
terlalu bising sangat.
Buatlah kajian akademik kenapa MCA, mahupun Gerakan dan SUPP tidak
mendapat perhatian orang Cina. Isu Cina babi dan sekolah vernakular yang
dibangkitkan, perlu juga dilihat secara positif, kenapa Melayu memberi
respons sedemikian, tentu ada sebab.
Melayu Islam yang saya kenali tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat
jika mereka tidak marah. Melayu pantang dicabar dan rasa tercabar. Cuba
fahami psiko orang Melayu sebagaimana saya fahami.
Sudah acap kali saya sebut dalam ceramah dan tulisan bahawa saya amat
tidak bersetuju dengan kata-kata kesat stereotaip seperti 'Cina babi',
'Cina mampus', dan sebagainya.
Tidak kurang pula yang memuji seperti Cina rajin, Cina pandai berniaga
dan pujian positif yang lain. Justeru, janganlah terlalu sensitif,
sehingga terlalu memaksa.
Apabila PM berkata, SJKC akan terus kekal dalam sistem pendidikan, maka
buatlah penambahbaikan supaya operasi tidak terlalu kecinaan, sehingga
lebih Cina daripada Cina di negara China.
Biar pelat sedikit dalam bahasa ibunda, tak apa. Asalkan bahasa
kebangsaan dimartabatkan. Begitu juga, jika mahu UEC diiktiraf, maka
ikutlah syarat-syarat KPM. Kenapa susah sangat mahu memenuhi permintaan
KPM? Bukan mahu mengasimilasikan orang Cina.
Pernahkah kajian dibuat, kenapa pelajar berada dalam universiti awam
mahupun swasta, masih lagi hidup dalam kotak perkauman. Pergi ke kelas,
duduk sesama mereka, keluar kelas, ke kantin sesama mereka. Boleh
dikatakan, kita akan nampak dengan jelas tompok, putih, hitam, antara
keduanya, di dalam dan di luar kelas.
Terlalu obses dengan jawatan dan mahukan itu dan ini juga membahayakan
sebab mencabar kesabaran Melayu. Orang Melayu diminta berkorban,
sedangkan diri sendiri tidak menampakkan pengorbanan tersebut.
Ikutlah tindak-tanduk Parti Progresif Penduduk (PPP), bersedia
melepaskan kerusi yang ditandinginya kepada Gerakan jika itu yang
diminta. PPP bukan sebuah parti yang mementingkan kerusi. Sebaliknya
mementingkan perpaduan dalam BN dan semangat kerjasama untuk memastikan
kemenangan BN.
Pada PRU13, PPP gagal memenangi semua kerusi yang diambil daripada
Gerakan. Apakah Gerakan boleh memenangi kerusi tersebut jika diberi
semula? Seperti syor saya minggu lalu kepada MCA, Gerakan juga tidak
layak untuk menduduki kerusi Kabinet berasaskan kepada prestasinya.
Namun, diberi juga atas nama setia kawan.
Berbalik kepada MCA, cadangan agar kerajaan mewujudkan Majlis
Rekonsilasi Tadbir Urus Politik, Hal Ehwal Agama dan Perpaduan bagi
menyelesaikan isu ketegangan kaum, perbezaan fahaman agama dan
sosioekonomi masyarakat, tidak perlu kerana kita sudah ada Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Perkukuhkan JPNIN.
Ketuanya juga adalah orang Cina.
MCA juga mendesak mahu menubuhkan sebuah Bank Koperasi Kojadi bagi
memperkasakan pembangunan ekonomi dan transformasi secara berkesan.
Mungkin mahu mencontohi kejayaan Bank Rakyat. Tak puas lagi dengan apa
yang ada? Apa lagi MCA mahu?
Bayangkan selepas ini semua parti BN mahu menubuhkan bank koperasi,
apakah kerajaan juga akan tunduk? Cadangan saya, jutawan-jutawan MCA,
tampillah membantu orang Cina. Bayangkan daripada 40 terkaya di
Malaysia, hampir 30 ialah orang Cina, masih tidak mampukah untuk bantu
orang Cina yang lain sehingga terpaksa tubuh bank?
Zaman globalisasi hari ini kerajaan sibuk untuk mengecilkan bilangan
bank, MCA pula mahu menambah bank. Kenapa begitu ultra kiasu.
Janganlah terlalu fokus kepada ekonomi sangat kerana kedudukan orang
Cina secara puratanya sudah teguh. Jika mahu fokus pun, tumpukan kepada
Cina yang masih gelandangan atau mereka yang berpendapatan RM3,000 ke
bawah. Tidak perlu menyenangkan lagi yang sudah kenyang.
Fokus utama kini adalah fikirkan bagaimana mahu merapatkan hubungan
kaum Cina-Melayu terutama melalui pendidikan. Bantulah kerajaan untuk
memberikan kefahaman kepada NGO ultra kiasu, terutama penambahbaikan
SJKC supaya operasinya tidak terlalu kecinaan seperti saya syorkan
minggu lalu.
Jika asimilasi itu sudah ditolak sepenuhnya, integrasi dan akomodasi
yang menjadi keutamaan, lakukan yang terbaik untuk menjunjung agenda
negara, bukan mewujudkan negara dalam negara.
Jika perkara ini tidak diperbaiki, tidak mustahil akan muncul banyak
lagi perhimpunan baju merah melawan kuning. Perkataan yang lebih kesat
akan keluar. Ketika itu tidak guna lagi beremosi.
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PP1, UNISZA
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PP1, UNISZA
No comments:
Post a Comment