Tuesday, October 20, 2015

Kit Siang kata Pandikar Amin sabotaj siasatan 1MDB

 | October 19, 2015
Dia mendakwa penangguhan mesyuarat PAC bukan di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Dewan Rakyat.
lim-kit-siang
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mensabotaj siasatan ke atas 1MDB apabila bertindak menangguhkan mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, penangguhan mesyuarat itu tidak tertakluk dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat kerana bukan di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Dewan.
“Tidak ada peruntukan yang diberikan kepada Speaker untuk memberhentikan mesyuarat, ini salah guna kuasa yang Dipertua dan sabotaj terhadap penyiasatan 1MDB.

“Yang Dipertua jadi diktator, itu tak boleh. Adakah YB takut 1MDB disiasat?” soalnya di Parlimen.
Kit Siang berkata demikian ketika Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hassan Ariffin diumum menjadi Pengerusi PAC yang baharu menggantikan Datuk Seri Nur Jazlan Mohamad (BN-Pulai).

Kenyataan Kit Siang itu turut dipersetujui oleh Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang berkata pelantikan Pengerusi PAC yang baru itu sebagai tindakan yang tidak tepat.

“Walaupun Tan Sri ada kuasa pemutus, tetapi ia tidak bermakna betul.
“1MDB hilang, pengerusi pun hilang. Tiba-tiba kitapun hilang arah penafsiran,” katanya.
Sementara itu, Pandikar Amin menegaskan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mempersetujui keputusannya supaya membuat usul persendirian di dalam Dewan Rakyat.

“Selalu dibangkitkan seolah-olah pendapat saya tidak betul. Saya tidak pernah mengatakan segala keputusan saya adalah betul.

“Kalau rasa keputusan Speaker tidak betul, bawa usul persendirian. Kalau ada boleh dibahaskan dan diundi,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment