17/10/15

Anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng menyeru sokongan semua pihak
untuk membahaskan isu kenaikan harga tol di 18 lebuh raya di Lembah
Klang.
Lim berkata beliau akan mencadangkan usul tergempar untuk membahaskan perkara itu apabila parlimen bersidang Isnin ini.
“Saya berharap speaker Dewan Rakyat akan membenarkan usul ini dibahaskan,” katanya.
“Saya
juga berharap ahli-ahli parlimen daripada kedua-dua belah blok kerajaan
dan pembangkang akan menyokong usul tersebut atas dasar kepentingan
negara dan kesannya terhadap ekonomi rakyat dari segenap lapisan
masyarakat, tidak kira kaum dan latar pendapatan.”
Dalam
kenyataannya hari ini, beliau berkata ahli-ahli Parlimen patut berbahas
berkenaan hal ini dan meneliti perjanjian konsesi tol serta mencari
jalan menghentikan kenaikan tol tanpa perlu membayar pampasan.
“Dewan
Rakyat juga patut berbahas kemungkinan kerajaan mengambil alih
syarikat-syarikat konsesi tol lebuhraya untuk mengelakkan situasi
kenaikan tol mendadak daripada berlaku lagi pada masa depan,” katanya.
Katanya, demi kepentingan bersama sebarang permasalahan politik harus diketepikan dalam isu itu.
Malaysiakini 17/10/15
No comments:
Post a Comment