16/10/15
Anggota parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin akan mengambil alih
jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apabila
parlimen bersidang Isnin depan.
Perkara itu dinyatakan dalam susun atur persidangan yang dilihat Malaysiakini.
Lantikan Hasan ditetapkan sebagai agenda kedua pada hari itu dan akan dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum
itu, Najib akan mencadangkan agenda pertama untuk melantik Timbalan
Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi, Presiden MIC Dr S Subramaniam dan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail ke sebuah jawatankuasa
khas parlimen.
Mereka akan menggantikan anggota parlimen Pagoh Tan
Sri Muhyiddin Yassin, Anggota parlimen Cameron Highlands MP Datuk Seri G
Palanivel dan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Jawatan pengerusi PAC sebelum ini disandang oleh
anggota parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang kini dilantik
sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Hasan seorang anggota baru Dewan Rakyat yang memasuki parlimen selepas menang pilihan raya umum Mei lalu.
Beliau enggan mengesahkan lantikan itu buat masa ini.
“Saya tidak tahu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dengan
lantikan itu, beliau dijangka menjadi tumpuan dalam siasatan PAC
sekitar kontroversi 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri yang
sarat hutang
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment