Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
beliau reda dengan segala perkara yang terjadi terhadap dirinya
kebelakangan ini.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, sebagai
seorang yang beragama Islam dan anak kepada "tok guru", beliau reda
dengan ketentuan serta qada dan qadar Tuhan.
"Tak apalah saya
menerima apa sahaja orang kata. Keputusan atau perkara yang sudah
ditakdirkan kepada saya, dengan reda saya terima kerana saya seorang
Islam. Saya tahu qada dan qadar.
"Apa yang berlaku pada saya sesuatu yang ditakdirkan. Kita harus reda," katanya.
Beliau
berkata demikian semasa sesi soal jawab ketika majlis minum petang
anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di ibu negara hari ini.
Muhyiddin
ditanya oleh seorang hadirin sama ada beliau ingin mengembalikan
maruahnya kerana didapati tidak bersalah kerana bercakap mengenai isu
1MDB.
'Adakah itu salah?'

Selain itu, menyentuh isu 1MDB, Muhyiddin berkata beliau hanya menegur.
Menceritakan kembali mengenai video ucapannya di Janda Baik (gambar) yang tersebar di laman sosial, anggota parlimen Pagoh itu berkata, beliau hanya memberi teguran.
Ia berikutan isu 1MDB pada ketika itu diperkatakan secara meluas oleh semua pihak.
"Isu itu dibincang meluas jadi agak janggal kalau saya tak bincang.
“Waktu
itu saya pun dah tahu jadi saya sentuh termasuklah tindakan sewajarnya
yang boleh diambil kerana disebabkan salahlaku 1MDB, presiden kita
tanggung beban.
"Adakah itu kesalahan? Wallahua'lam," ujarnya lagi.
Muhyiddin
digugur sebagai timbalan perdana menteri Julai lalu bersama bekas
menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang
juga naib presiden Umno.
Malaysiakini 20/10/15
No comments:
Post a Comment