Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan memutuskan sama ada
akan menyaman bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik selepas
pembentangan bajet 2016 Jumaat ini.
Tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Ling
untuk meminta maaf atau berdepan tindakan undang-undang, telah seminggu
berlalu selepas peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun menghantar
surat tuntutan kepada Ling.
Ling dalam responnya berkata beliau tidak akan memohon maaf.
"Seperti
yang anda sedia maklum, minggu depan adalah minggu bajet, oleh itu anak
guam saya begitu sibuk membuat persediaan," kata Hafarizam kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.
Oleh itu, katanya, beliau akan menunggu sehingga selepas pembentangan bajet dan kemudian akan mendapatkan arahan dari Najib. Baca berita penuh
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment