10/10/15
Kenyataan oleh Majlis Raja-Raja tentang siasatan terhadap 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) baru-baru ini adalah selari dengan kemahuan
kerajaan berkenaan siasatan terhadap syarikat itu.
Pengarah
Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan
berkata, tiada percanggahan antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan
berkenaan siasatan terhadap 1MDB.
"Jikalau kita baca betul-betul (kenyataan Majlis Raja-Raja), tidak banyak yang bercanggah.
“Jikalau
pihak Majlis Raja-Raja hendakkan penyiasatan dibuat dan satu kesimpulan
dicapai, satu penyiasatan yang berjaya, satu keputusan mesti dicapai,
maka pihak kerajaan memang itulah yang kita mahukan iaitu 1MDB
diselesaikan."
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun
meminta masa selama enam bulan (untuk menyelesaikan 1MDB). Saya kira
awal tahun hadapan, Januari boleh diselesaikan," katanya Jumaat.
Abdul
Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program
Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) di Alor
Setar.
- Bernama
No comments:
Post a Comment