Saturday, October 17, 2015

Setiausaha Agung Pas kata Saifuddin boleh perkukuh barisan pembangkang

 Sinar Harian

Takiyuddin Hassan
SHAH ALAM – Penyertaan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam PKR akan memperkukuhkan lagi barisan pembangkang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya yakin bahawa Saifuddin akan mampu menyumbangkan tenaganya dalam membantu jentera pembangkang di negara ini.

“Kami mengalu-alukan kemasukan Saifuddin PKR semalam.

“Sebagai seorang tokoh berfikiran kritis serta berprinsip yang berasal dari parti pemerintah, saya yakin Saifuddin akan mampu menggembeling tenaganya bersama parti-parti pembangkang dalam rangka memperbetulkan segala kepincangan dan permasalahan negara yang membebani rakyat sekarang ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin mengumumkan kemasukannya ke dalam parti tersebut pada sidang media yang diadakan pada Khamis.

Kata Saifuddin, ia merupakan pengorbanan yang dilakukan, yang mana ia akan membawa kepada hasil yang lebih baik untuk rakyat pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment