Zam perjelas lawatan, pelukan Zahid Hamidi

Tan Sri Zainuddin Maiddin pengkritik keras pentadbiran perdana menteri.
Datuk
Ahmad Zahid Hamidi pula orang kuat Datuk Seri Najib Razak dan dipilih
sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang disingkir.
Justeru, apabila dua individu ini bertemu dan
gambar mereka dirakam mesra, termasuk berpelukan, ramai tertanya-tanya
apa sebenarnya yang berlaku.
Zainuddin, bekas menteri penerangan
dan ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu mengakui dihujani persoalan
berkaitan perkara itu.
“Tentunya pertanyaan ini timbul kerana saya
dianggap sebagai kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib,
menteri-menteri dan mempertikaikan teguran Zahid kepada pemimpin parti
terhadap 1MDB sebagai menimbulkan kontroversi, sebaliknya bagi saya
kerana sayangkan parti,” kata Zainuddin.
Menjelaskan perkara itu,
Zainuddin berkata Zahid telah lama menyatakan hasrat berkunjung ke
rumahnya kerana menganggap wartawan veteran itu tetap bosnya.
Zahid
pernah menjadi timbalan menteri ketika Zainuddin menjadi menteri
penerangan. Zainuddin menjawat jawatan itu selama tiga tahun pada 2006
hingga 2008 ketika era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Kalau
dulu seseorang itu guru saya maka hingga hari ini dia tetap guru saya,
kalau dulu dia penghulu saya maka hari ini pun dia tetap penghulu dan
dulu Tan Sri (Zainuddin) bos saya maka hari ini tetap bos saya,”
demikian kata Zahid seperti dipetik Zainuddin.
Perjalanan politik yang kritikal
Zainuddin bagaimanapun berseloroh lawatan itu tidak beerti Zahid, yang juga menteri dalam negeri, tidak akan menangkapnya.
“Bagaimanapun
dengan kunjungan Zahid ke rumah saya, tidak semestinya bererti Zahid
tidak akan menangkap saya atau Zahid juga tidak akan ditangkap (ha ha
ha) seperti apa yang berlaku pada Tan Sri Samad Ismail, Abdullah Majid
dan juga Abdullah Ahmad (Dolah Kok Lanas) orang dalam Tun Abdul Razak
yang ditahan bawah ISA sebaik sahaja Hussein Onn menjadi PM atas hasutan
dari Singapura,” katanya.
Mengulas perwatakan politik Zahid,
Zainuddib berkata Zahid bukan sahaja seorang pemain politik yang cekap
tetapi juga nasionalis dan mempunyai pendidikan tinggi dalam agama.
Justeru, beliau percaya “naluri keagamaan” itu tetap memandunya dalam apa juga tindakannya.
Zainuddin
juga membandingkan perkara sama dengan Muhyiddin, pendahulu Zahid, yang
menurutnya walaupun tidak mempunyai pendidikan agama setinggi Zahid
tetapi latar belakang keluarganya orang agama.
Zainuddin berkata
beliau dan keluarga berbesar hati atas kunjungan itu selain mendoakan
keselamatan dan kejayaan cemerlang bagi “perjalanan politiknya yang
kritikal”.
Sementara itu, Zahid berkongsi gambar beliau berpelukan
dan beramah mesra dengan Zainuddin di Facebook sambil diperhatikan
pengiring.
Isteri Zainuddin turut sama menyambut kehadiran orang nombor dua dalam negara itu, seperti dirakamkan lensa kamera.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment