Monday, November 30, 2015

Konsert Dibatalkan Sebab Libatkan Pemuzik Wanita

  30 November 2015 
 
BBC Orkestra pimpinan Ali Rahbari tampil di Bangunan Vahdat di Teheran pada Mac 2015.

Konsert muzik oleh Orkestra Simfoni Teheran dibatalkan hanya 15 minit sebelum dimulai kerana menampilkan sejumlah pemuzik perempuan.

Dakwaan tersebut disampaikan oleh Ali Rahbari, konduktor salah satu orkestra paling tua di Iran pada Ahad (29/11/2015).

Sedianya orkestra akan tampil di acara pembukaan Kejuaraan Tinju Antarklub di ibu kota Iran.

"Namun sebelum mengumandangkan lagu kebangsaan, tiba-tiba mereka mengumumkan bahawa perempuan tidak boleh tampil di pentas," kata Rahbari.

Ia tidak merinci siapa yang mengeluarkan perintah larangan itu.

"Saya tersinggung dan tidak mungkin bagi saya menerima penghinaan seperti itu. Pilihannya, kami bermain bersama atau kami meninggalkan tempat."

Disebutkan usahaa mediasi gagal mencapai kesepakatan sehingga konsert dibatalkan.

Pembatalan konsert yang melibatkan pemuzik perempuan sudah pernah terjadi sebelumnya di Iran, tetapi dilaporkan pembatalan baru kali ini terjadi pada Orkestra Simfoni Teheran kerana menampilkan pemuzik perempuan.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: BBC Indonesia/KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment