Friday, November 27, 2015

Sebutan semula kes mekanik subahat bunuh Kevin Morais 6 Januari

 | November 26, 2015
Beberapa laporan berkaitan kes berkenaan termasuk laporan tempat kejadian belum diperolehi
kelvin
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis menetapkan 6 Januari depan untuk sebutan semula kes seorang mekanik yang didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, September lepas.

Majistret, Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memaklumkan beberapa laporan berkaitan kes itu termasuk laporan tempat kejadian belum diperoleh.
Beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu sementara menunggu laporan berkaitan diperoleh dan peguam R.Thirukumaran yang mewakili tertuduh A. Murugan tidak membantah permohonan itu.

Pada 28 September lepas, Murugan, 44, didakwa bersubahat dengan enam lelaki membunuh Kevin di No 20 Desa Mentari di sini, di antara 9.30 pagi hingga 8 malam, 4 September lepas.

Sementara itu, Dr Kolonel K Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu iaitu G. Gunasekaran, 47, R.Dinishwaran, 23, A. Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, S. Nimalan, 22, dan S. Ravi Chandaran, 44, melakukan kesalahan itu.

Enam lelaki dan doktor tentera itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 Sept lepas.
Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

1 comment:

  1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

    ReplyDelete