23/12/15
Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menyita barangan rumah milik bekas
pemimpin Umno Datuk Hamidah Osman, selepas beliau gagal membayar ganti
rugi kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes
saman fitnah terhadapnya.
Hamidah baru-baru ini telah dipecat dari Umno berhubung kritikannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Menurut portal The Star, pegawai mahkamah menyita barangan di rumahnya di Kampung Tersusun, Jalan Gopeng, Batu Gajah pagi ini.
Bekas
ADUN Sungai Rapat itu pada April lalu diperintahkan membayar Khalid
RM200,000 sebagai ganti rugi berhubung penerbitan artikel yang bertajuk
"Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada Januari 2010.
Dalam artikel tersebut, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang paderi.
Pernyataan
tuntutan Khalid, yang difail pada 23 Disember 2011, mendakwa gambar itu
menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan
seorang yang murtad.
Hamidah menafikan beliau menuduh ahli parlimen AMANAH itu sebagai murtad mahupun mengedit imej berkenaan.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment