Pengunjung yang hadir berpuas hari dan teruja dengan pembukaan Pusat IT itu.
KUALA LUMPUR : Baru dua hari beroperasi, pembukaan Mara Digital mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung
Tinjauan Free Malaysia Today pada Rabu mendapati pengunjung yang
hadir berpuas hati dan teruja dengan pembukaan Pusat IT terbabit.
Pengurus bangunan, Rashid Asmat, 43, berkata ini kerana pembukaan
Pusat IT di aras tiga Busana di Menara Mara itu dikelilingi oleh pusat
beli-belah lain antaranya Sogo dan Pertama Shopping Complex.
Menurutnya, ia memudahkan pengguna kerana mempunyai banyak pilihan dan ia juga terletak di kawasan yang strategik.
“Dari segi perbezaan, barang-barang di Plaza Low Yat adalah sukar
untuk dipastikan yang mana satu asli dan yang mana satu tiruan,
peniaga-peniaga di Plaza Low Yat juga hampir kebanyakannya adalah
daripada Pakistan dan India dan di sana juga padat.
“Berbanding dengan Mara Digital ini, tidak ada peniaga dari kedua-dua
negara dan tidak terlalu padat,” katanya ketika ditemui pada Rabu.
Pendapat itu turut diakui oleh seorang pengurus bank, Peter Lai, 50,
yang menyatakan peniaga di Lowyat hampir kebanyakannya dikuasai oleh
peniaga-peniaga asing.
Dia turut mencadangkan agar Mara Digital yang dirasmikan oleh Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri pada Selasa
agar menambah bilangan peniaga-peniaga bumiputera di Mara Digital.
Dalam pada itu, salah seorang peniaga Mara Digital, Muhammad Khairi,
30, menyatakan harga barangan teknologi maklumat (IT) di Mara Digital
adalah sama dengan Plaza Low Yat.
Beliau yang turut berniaga di Low Yat menambah apa yang membezakan
antara kedua-dua Pusat IT itu adalah di Plaza Low Yat mempunyai banyak
pilihan lain.
“Di sini (Mara Digital) parking susah nak dapat,” jelasnya.
Mara Digital kini ditempatkan di aras tiga Busana di Menara Mara dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.
Diuruskan oleh syarikat WGN Scan Sdn Bhd, pusat itu menempatkan 11
kedai konsep, 20 kiosk, dua penyedia rangkaian internet, dan lima
pengendali rangkaian telefon yang semuanya dimiliki kaum Melayu.
No comments:
Post a Comment