Muhyiddin dipilih menjadi Timbalan Presiden oleh akar umbi manakala jawatan Ku Nan pula dilantik oleh MT.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor dinasihatkan supaya lebih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Muhyiddin
memperoleh jawatan Timbalan Presiden melalui undi yang diberikan oleh
akar umbi kepadanya.
Manakala, jawatan yang diperoleh Tengku Adnan atau lebih mesra
dipanggil Ku Nan diberikan secara lantikan oleh Ahli Majlis Tertinggi
(AMT).
“Beliau (Muhyiddin) Timbalan Presiden, anda (Tengku Adnan) Setiausaha
Agung. Beliau diundi, anda dilantik. Jangan hanya minta dihormati,
kenalah hormati orang lain.
“Muhyiddin hanya mahu memberikan pandangan dan teguran. Adakah ia
salah?,” katanya dalam satu sidang media di Seri Hartamas pada Selasa.
Ahli Parlimen Semporna itu juga menafikan terdapat pertembungan dalam
kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sebaliknya apa yang berlaku hanya
perbezaan pendapat.
“Tidak ada pertembungan di dalam UMNO, hanya perbezaan pendapat.
Mana-mana ahli dan pemimpin di dalam parti berhak menyuarakan pandangan
mereka,” katanya lagi.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment