Monday, December 7, 2015

Laporan: SPRM jumpa penderma RM2.6 bilion

7/12/15

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar pasukan ke Timur Tengah untuk bertemu dengan individu yang menyalurkan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pertemuan itu telah diadakan baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut, termasuk identiti penderma kerana siasatan masih berjalan.
SPRM, yang mengesahkan dana itu sebagai sumbangan politik, menyiasat perkara itu sama ada ia berbentuk suapan.
Jumlah besar itu dipindahkan menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu, yang menjadi isu besar selepas dilaporkan harian kewangan global The Wall Street Journal.
Perkara itu mengundang kritikan hebat pembangkang, kumpulan masyarakat sivil serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad yang mahu Najib meletakkan jawatan.
Sabtu lalu, SPRM telah merakamnya kenyataan Najib berkaitan perkara itu, termasuk pemindahan RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International ke akaun perdana menteri.
Najib menafikan sebarang salah laku dan mendakwa terdapat konspirasi menjatuhkannya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan isu itu di Dewan Rakyat baru-baru seperti dijanjikan, sebaliknya menyerahkannya kepada timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi yang tampil dengan penjelasan ringkas tiga minit.
Najib dilaporkan dinasihatkan tidak membuat sebarang penjelasan susulan kebimbangan subjudis.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment