Monday, December 7, 2015

MP: Tiba masanya raja halang Akta MKN

7/12/15

Rang undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) didakwa secara “licik” merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan memberi kuasa kepada perdana menteri mengisytihar darurat.

Ia, kata anggota parlimen Pokok Sena, berselindung atas nama “kawasan keselamatan” dan isu keselamatan yang boleh disalah guna.

“Tiada lagi peranan semak imbang Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara untuk melindungi negara dan rakyat,” kata bekas naib presiden PAS itu.
Justeru, kata Mahfuz, tiba masanya Majlis Raja-Raja Melayu yang tidak dirujuk dalam isu itu bertindak RUU itu dibentang dan diluluskan di Dewan Negara.

Majlis itu perlu bertindak demikian kerana anggotanya akan bergilir-gilir menjadi ketua negara.
“Sudah pasti sebagai Yang di-Pertuan Agong yang memayungi negara dan rakyat perlu memiliki kuasa semak imbang untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh perdana menteria,” katanya.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment