Nasharudin Mat Isa masih ahli Pas tetapi menerima
elaun daripada kerajaan BN berbanding Mat Sabu yang tidak menerima
apa-apa elaun.
KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng menjawab tuduhan Pas yang mendakwa Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai jurucakap DAP.
Setiausaha Agung DAP berkata, jika Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilabel
jurucakap DAP, bagamana pula dengan Nasharudin Mat Isa yang masih
menjadi ahli Pas tetapi dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan
Kesederhanaan Global (YGMM).
Katanya, bekas Timbalan Presiden Pas itu lebih teruk daripada Mat
Sabu kerana menerima elaun daripada kerajaan Barisan Nasional (BN)
walaupun masih ahli Pas.
“Berbeza dengan Mat Sabu yang tidak terima apa-apa elaun… Mat Sabu tak angkat wang sebab dia (Mat Sabu) Amanah..
“Bukan macam Nasharudin, walaupun sudah tak jadi Timbalan Presiden
PAS, tapi masih dapat elaun,” katanya selepas merasmikan Konvensyen
Biasa DAP Wilayah Persekutuan 2015 di Ibu Pejabat DAP pada Ahad.
Sehubungan itu, Guan Eng berkata, Pas tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai ‘hentam buta’ sahaja.
“Kita (DAP) kena usaha jelaskan dengan sebetulnya,” tegasnya.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali,
mendakwa Mat Sabu sebagai jurucakap DAP berikutan kenyataan-kenyataan
terhadap Pas dilihat sebagai percubaan untuk memburukkan parti Islam itu
yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dakwaan itu hanyalah permainan politik daripada Pas dan UMNO untuk mengelirukan rakyat.
“Saya (Guan Eng), Setiausaha Agung DAP, tak boleh jadi jurucakap Amanah…Saya hanya boleh jadi jurucakap DAP.
“Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga bukan Setiausaha Agung DAP… Mat Sabu
tak boleh jadi jurucakap DAP, dia hanya boleh jadi jurucakap Amanah.
“Saya rasa kita hanya akan kritik mana-mana yang sama dengan BN..
Sekarang mereka (Pas) nampak sama dengan BN dan PAS juga kritik parti
pembangkang lebih dari BN,” katanya.
FMT
bijak bijak
ReplyDelete