Selagi Muhyiddin dan Shafie masih memegang jawatan dalam UMNO, sukar bagi Nazri Aziz untuk menyerang mereka berdua.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz mahu Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin and Naib Presiden,
Datuk Seri Shafie Apdal meletakkan jawatan kerana mereka telah
melanggar kepercayaan parti.
Selagi mereka bersembunyi di sebalik jawatan masing-masing, Nazri berkata, sukar untuk beliau menyerang Muhyiddin dan Shafie.
“Kita pilih Timbalan Presiden untuk membantu Presiden, bukan menghentam Presiden.
“Saya tak suka ahli UMNO bantai pemimpin. Masalah saya ialah dia tak
letak jawatan. Kalau saya serang Tan Sri Muhyiddin saya juga sama dengan
mereka sebab dia masih pemimpin.
“Nak serang Shafie juga sama. Jadi letak jawatan. Jangan tunggu nak
kena buang, nak raih simpati. You letak jawatan kita boleh lawan,” kata
beliau kepada FMT hari ini.
Nazri memberi komen balas terhadap ucapan Muhyiddin di Kampung Baru
semalam, dimana bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta Datuk Seri
Najib Tun Razak supaya “berehat” dari semua jawatan semasa siasatan
berkenaan 1MDB dan derma RM 2.6 bilion dijalankan.
Nazri berkata semua ahli kabinet, kecuali Muhyiddin dan Shafie, telah
bersetuju untuk memberi ruang dan masa kepada Najib menyelesaikan dua
isu itu.
“Saya juga jumpa Datuk Najib. Menteri lain juga jumpa Datuk Najib.
Kita semua concern perkara ini. Tapi yang minta beliau berehat cuma
mungkin dua orang. Yang lain terima dan beri peluang beliau selesaikan
masalah. Inilah demokrasi,” kata beliau.
Dalam hal berkaitan, Nazri turut menerangkan betapa Muhyiddin yang
telah dipecat dari kabinet Julai lalu tiada isi untuk membuat ucapan
penggulungan.
“Timbalan Presiden yang tak pegang kementerian, tak adalah benda yang
dia nak gulung. Saya (Ahli MT) yang dilantik lebih layak berucap sebab
saya ada kementerian. Memanglah dia rasa dia tunggul sebab dia tak ada
kementerian.
“Isu politik Presidenlah yang menggulung, tak perlu orang lain,” kata beliau.
Nazri juga percaya bahawa Persidangan Agung UMNO (PAU) yang bermula
Selasa akan berlangsung tanpa masalah kerana majoriti ahli fokus untuk
menguatkan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Fokus ahli UMNO adalah untuk PRU akan datang. Hal-hal 1MDB, RM 2.6
billion telah dijawab dan dibincangkan dan tindakan yang sepatutnya
diambil telahpun diambil.
“Jadi tak ada kecoh, kecuali jika dipengaruh oleh Timbalan Presiden
dan Naib Presiden . Ahli-ahli UMNO lain tak ada kepentingan. Orang yang
nak naik dan jawatan saja mahu parti tidak stabil,” kata Nazri.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment