6/12/15
Ketika peluangnya untuk bercakap kepada perwakilan tenggelam timbul,
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai jalan
lain.
Beliau dijadual akan bercakap kepada penyokongnya di pentas
terbuka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam
8.30 malam esok – sehari sebelum perhimpunan agung Umno 2015.
Perkara
itu disahkan oleh salah seorang pembantu bekas timbalan perdana menteri
itu susulan penyebaran khabar angin mengenai majlis tersebut disebarkan
di media sosial.
"Majlis itu ada," kata beliau yang enggan namanya disebut kepada Malaysiakini.
Majlis
Tertinggi (MT) Umno sebelum ini memutuskan Muhyiddin tidak akan berucap
merasmikan pembukaan mesyuarat perwakilan sayap Wanita, Puteri dan
Pemuda seperti kelaziman sebelum ini.
Manakala keputusan sama ada
Muhyiddin akan membuat ucapan penggulungan hanya akan diketahui selepas
mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas pada 9 Disember.
Jika menjadi
kenyataan, program itu dilihat bakal menjadi ala ceramah, sekali gus
dapat menjadi ukuran terhadap sokongan di kalangan penyokongnya.
Beliau
sendiri dilihat sedang mencongak sentimen penyokong dengan meminta
pandangan di Facebook berkaitan perkara penting yang patut beliau
sampaikan jika dibenar berucap dalam penggulungan agung Umno.
Antara jawapan diterimanya termasuk seruan Najib meletakkan jawatan selain aduan mengenai kos sara hidup yang meningkat.
Muhyiddin
dilihat belum bertindak cukup agresif selepas dikesampingkan daripada
kabinet sebelum ini selepas lantang membangkitkan isu sekitar 1MDB,
syarikat cetusan ilham Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu,
Datuk Seri Shafie Apdal, seorang lagi naib presiden Umno yang senasib
dengan Muhyiddin dijadual akan turut hadir majlis itu.
Seorang pembantunya mengesahkan kehadiran Shafie ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment