Saturday, December 12, 2015

RM2.6 bilion – seorang penderma atau lebih?

 | December 11, 2015
Pada mulanya pertemuan dibuat dengan seorang penderma, kemudiannya lebih dari seorang penderma, dan kini beberapa wakil yang mewakili penderma tunggal.
2.6b
KUALA LUMPUR: Berlaku kekeliruan sekitar sumber sebenar wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada mulanya pertemuan dibuat dengan seorang penderma, kemudiannya lebih dari seorang penderma, dan kini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pula beliau bertemu dengan beberapa wakil yang mewakili penderma tunggal.

“Hal ini telah dijelaskan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Pandangan saya tidak berbeza dengan kenyataan rasmi SPRM ,” kata beliau kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Jumaat.
Ketika ditanya samada wakil-wakil itu mewakili seorang individu awam atau pemerintah, Zahid berkata hal itu lebih baik dijelaskan secara terperinci oleh SPRM.

Dalam satu temubual minggu ini, Najib juga menyebut beberapa orang penderma.
Sebelum ini, Zahid berkata beliau telah bertemu dengan penderma itu, dan dua hari lalu dipetik sebagai berkata kepada portal Agenda Daily bahawa wang itu diberikan oleh pimpinan pemerintah di Timur Tengah, dan bukan seorang individu awam.

Kenyataan SPRM sebelum ini berkata sumber wang itu dari Timur Tengah dan anggota penyiasat mereka telah menemui dan menemubual penderma itu.
 FMT

No comments:

Post a Comment