12/12/15

Datuk Seri Najib Razak menyalahkan perdana menteri keempat Tun Dr
Mahathir Mohamad atas kenaikan tambang kereta api ERL dari Kuala Lumpur
ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang.
Najib memberitahu
perwakilan Umno bahawa perjanjian itu sebenarnya ditandatangani pada
1997 lagi ketika era Mahathir – yang kini menjadi pengkritik lantangnya.
“(Daripada) RM35 naik kepada RM55. Tinggi.
“Tapi tuan-tuan tak tau, perjanjian ini ditandatangani pada 1997 lagi. Bukan setahun dua ini,” katanya.
Berucap
pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) sebentar tadi, Najib mendakwa perjanjian konsesi jangka
panjang ERL itu berat sebelah dan beliau menyekat kenaikannya sejak 14
tahun lalu.
"Dalam perjanjian dikuasai syarikat YTL itu - perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah - harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic, lima tahun naik, lima tahun naik.
"Dah
kerajaan tak benarkan. Saya jadi perdana menteri, saya kata jangan
naik... 14 tahun tak naik, tapi pampasannya berapa? RM2.9 bilion,"
katanya.
Najib berkata lagi, Putrajaya telah berunding semula
dengan syarikat konsesi berkenaan dan terpaksa menyambungnya selama 30
tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.
"Sebab
itu saya nak terangkan, saya terima legasi sebelum ini, tapi saya
betulkan perkara ini sebab saya tahu rakyat marah. Dan untuk ERL ini,
ada beberapa langkah yang kita akan ambil," katanya yang juga berkhidmat
sebagai menteri kewangan.
Justeru, ujar Najib, bagi mengurangkan
beban ditanggung rakyat beliau turut mengumumkan diskaun sebanyak 30
peratus diberikan kepada pelajar yang menggunakan kad Siswa 1Malaysia.
Tambah Najib, pihaknya juga akan meminta KTMB mengumumkan perkara tersebut.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment