8/1/16

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, parti tersebut bukan sebuah parti yang "gilakan" jawatan.
Sebaliknya,
beliau memberitahu, anggotanya telah maklum bahawa mereka akan
kehilangan atau tidak mempunyai sebarang jawatan ketika keluar daripada
PAS dan menyertai AMANAH.
Sehubungan itu, anggota parlimen Shah
Alam itu menegaskan bahawa AMANAH berterima kasih dengan 10 kerusi ahli
majlis yang diberi oleh kerajaan Selangor dan menyangkal dakwaan tidak
berpuas hati dengan jumlah itu.
"Kita ambil risiko ini (hilang jawatan) semasa kita keluar (PAS). Kita tahu kita mungkin kena lepaskan jawatan.
“Jadi
nak kata AMANAH marah tak betul. Sebab kalau nak jawatan, tak masuk
AMANAH tetapi kekal dalam PAS atau masuk Umno," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Shah Alam hari ini.
AMANAH digerakkan oleh sekumpulan pemimpin kanan PAS yang ditolak dalam pemilihan parti itu tahun lalu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment