Undang-undang pilihan raya membenarkan hanya rakyat Sarawak sahaja bertanding di Sarawak.
PETALING JAYA: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk
Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membidas cadangan PAS Putrajaya supaya
beliau bertanding mewakili parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN)
Sarawak.
Katanya, cadangan itu disifatkan tidak logik kerana mengikut
undang-undang pilihan raya hanya rakyat Sarawak sahaja layak bertanding
di negeri berkenaan, kecuali Parlimen.
“Saya rakyat Kelantan, dalam undang-undang pilihan raya hanya rakyat
Sarawak sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk bertanding di negeri
Sarawak.
“Sama juga di Kelantan kalau calon itu bukan rakyat Kelantan dia
tidak boleh bertanding di pilihan raya negeri, kalau Parlimen tidak apa,
malah undang-undang itu diguna pakai seluruh negara,” katanya ketika
dihubungi FMT di sini, hari ini.
Mengulas mengenai cadangan AMANAH bertanding di Kelantan, bekas
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berkata, pihaknya belum
membuat keputusan muktamad kerana perlu berunding dengan PAS.
Katanya, AMANAH tidak mahu Kerajaan Kelantan jatuh kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama.
“Kami masih menunggu untuk berunding dengan kerajaan negeri kerana
sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan negeri sedia untuk
berbincang,” katanya.
FMT

No comments:
Post a Comment