13/1/16
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad hari
ini tampil menjawab dakwaan yang mengatakan partinya itu dipimpin oleh
individu berfahaman Syiah.
Dalam video di blognya, Khalid berkata,
seorang ustaz yang mempunyai pangkat doktor memberikan ceramah di
sebuah surau di Seksyen 9, Shah Alam dengan mendakwa beberapa pemimpin
AMANAH sebagai penganut Syiah.
Menurut
Khalid, ustaz berkenaan mendakwa Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang,
Presidennya Mohamad Sabu dan Ketua Biro Undang-undang Mohamed Hanipa
Maiden sebagai Syiah.
Sehubungan itu, anggota parlimen Shah Alam
itu mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut memandangkan ustaz
berkenaan tidak mengemukakan sebarang bukti.
"Kita dalam Islam
ini, bukti mesti dikemukakan oleh orang yang membuat pendakwaan dan dia
dakwa Mat Sabu (Mohamad) Syiah. Bukti tak ada.
"Dia kata Syiah ini
penipu, konspirasi, tapi dalam ucapan dia, dia merujuk seorang tok guru
yang dikenali sebagai ketua Syiah seluruh Malaysia di Kelantan.
"Awak kata Syiah tak boleh dipercayai tapi itu sahaja rujukan kamu dengan kata Mat Sabu Syiah?" soal Khalid.
Takkan polis tak tahu?
Malah,
Khalid turut mempertikaikan dakwaan ustaz berkenaan yang mengatakan
Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu pergi ke Karbala (gambar), Iraq setiap tahun.
"Kalau
tiap-tiap tahun takkan polis tak tahu, imigresen tak tahu. Ini sekadar
dengar kata tok guru Syiah yang beritahu yang dia sendiri kata tak boleh
percaya. Fikir baliklah. Saya harap orang yang dengar kuliah macam ini
fikir balik," katanya lagi.

Khalid meminta supaya individu berkenaan mengemukakan bukti dan tidak memberi hujah "bodoh".
Katanya,
Ahmad didakwa sebagai penganut Syiah selepas melawan Datuk Seri Abdul
Hadi Awang untuk jawatan presiden PAS dalam muktamar tahun lalu.
Hanipa pula dituduh kerana menjadi peguambela kepada seorang penganut Syiah, katanya.
"Ini
ke politik yang diajar Islam? Kalau betul ada bukti, kemukakan. Jangan
beri hujah bodoh dengan katakan lawan presiden maka dia (Ahmad) syiah.
"Itu
hak dia (Hanipa). Orang yang dituduh membunuh pun memerlukan peguam
untuk bela. Itu hak seseorang tak kira Kristian, Hindu, Islam ia
menuntut kita bertindak adil," katanya sambil memetik surah al-Maidah.
Sehubungan
itu, Khalid meminta supaya ustaz berkenaan menunjukkan sifat seseorang
yang berilmu agar dihormati dan tidak menyebarkan fitnah.
"Kita harap ustaz ini tunjuk sifat takwa sikit dan berilmu supaya orang hormat.
"Kalau
buat macam ini, kami risau usaha kami nak angkat tinggi para alim ulama
akan jatuh atas tindakan ustaz itu sendiri," katanya lagi.
Malaysiakini
ustaz tu dah terkena penyakit anjing gila
ReplyDelete