Wednesday, January 20, 2016

Bantah TPPA: PERKASA tak mahu duduk dekat DAP

 | January 20, 2016
Ibrahim Ali tidak mahu PERKASA disamakan dengan DAP biarpun bersetuju menentang TPPA.
ibrahim-ali
KUALA LUMPUR : PERKASA akan memastikan ahli-ahlinya yang akan menyertai Himpunan Bantah TPPA pada Sabtu ini di Dataran Merdeka, duduk berjauhan dengan ahli DAP.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya DAP menyertai bantahan itu, PERKASA akan memastikan duduk berjauhan kerana tidak mahu dianggap sama perjuangan.
“Jangan buat kesimpulan bahawa siapa yang menyertai membantah (TPPA) ini cakap kita (PERKASA) sama dengan mereka. Tidak. Kita sama dari segi isu tetapi bukan sama dari segi roh perjuangan,” katanya pada sidang medianya di ibu pejabat Perkasa, hari ini.

Ibrahim menjelaskan, PERKASA juga enggan disamakan dengan pembangkang biarpun tidak bersetuju dengan TPPA.
“DAP adalah parti politik. PAS juga parti politik. Apabila kita menghadiri (perhimpunan bantah TPPA) kita tidak mahu dilihat bersama-sama dengan parti pembangkang.

“Sebab parti pembangkang dia ada dua isu. Pembangkang (selalunya) membantah dan mempunyai kepentingan politik. Sebab itu jika ada perhimpunan-perhimpunan kerajan pun kita pun tak pergi,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment