Ibrahim Ali tidak mahu PERKASA disamakan dengan DAP biarpun bersetuju menentang TPPA.
KUALA LUMPUR : PERKASA akan memastikan ahli-ahlinya yang akan
menyertai Himpunan Bantah TPPA pada Sabtu ini di Dataran Merdeka, duduk
berjauhan dengan ahli DAP.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya DAP menyertai
bantahan itu, PERKASA akan memastikan duduk berjauhan kerana tidak mahu
dianggap sama perjuangan.
“Jangan buat kesimpulan bahawa siapa yang menyertai membantah (TPPA)
ini cakap kita (PERKASA) sama dengan mereka. Tidak. Kita sama dari segi
isu tetapi bukan sama dari segi roh perjuangan,” katanya pada sidang
medianya di ibu pejabat Perkasa, hari ini.
Ibrahim menjelaskan, PERKASA juga enggan disamakan dengan pembangkang biarpun tidak bersetuju dengan TPPA.
“DAP adalah parti politik. PAS juga parti politik. Apabila kita
menghadiri (perhimpunan bantah TPPA) kita tidak mahu dilihat
bersama-sama dengan parti pembangkang.
“Sebab parti pembangkang dia ada dua isu. Pembangkang (selalunya)
membantah dan mempunyai kepentingan politik. Sebab itu jika ada
perhimpunan-perhimpunan kerajan pun kita pun tak pergi,” katanya.
FMT

No comments:
Post a Comment