Sunday, January 24, 2016

Berkampung di Parlimen bantah TPPA

 | January 24, 2016
Pemuda AMANAH seru rakyat bantah TPPA di Parlimen pada Selasa dan Rabu ini
Shazni Munir Mohd Ithnin
PETALING JAYA: Rakyat negara ini diseru berkampung dan mengadakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen pada Selasa dan Rabu ini.


Seruan itu dibuat Pemuda AMANAH sebagai tanda tunjuk perasaan terhadap ahli Parlimen yang akan mengadakan undian sama ada kerajaan akan menandatangani perjanjian itu pada Feb depan.
Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata rakyat negara ini diajak berkampung di sekitar bangunan Parlimen untuk memastikan semua ahli Parlimen mengundi menolak TPPA berkenaan.
“TPPA sampai ke peringkat akhir dan ini kemuncak perlawanan paling kritikal. 26 dan 27 Januari ini penentu samada perjanjian yang bakal menentukan nasib jatuh bangun negara ini diterima atau ditolak oleh ahli Parlimen Malaysia.

“Pemuda AMANAH mengajak seluruh rakyat untuk berkampung depan Parlimen ketika TPPA ini dibahaskan bermula pagi 26 Januari hinggalah 27 Januari. Di pusingan bantahan paling penting ini, rakyat harus bersama pastikan semua ahli Parlimen mengundi untuk tolak perjanjian tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shazni Munir berkata, mesej sama juga mahu diberi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak perjudikan nasib rakyat dan kedaulatan negara.
Katanya, rakyat wajib tahu bahawa TPPA adalah bentuk penjajahan baharu antara rakyat Malaysia dan syarikat multinasional yang berpengkalan di negara maju.

No comments:

Post a Comment