Lim Lip Eng
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menjalankan siasatan
secara adil terutama melibatkan kenyataan dan gambar yang dimuat naik di
media sosial.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mendakwa, setakat ini polis hanya dilihat lebih cenderung siasat jika kes melibat pemimpin kerajaan dan pihak tertentu sahaja.
“Saya bersetuju tindakan memanipulasi gambar dengan tujuan mengaibkannya tidak terhad kepada pemimpin negara adalah sesuatu yang menjijikkan dan mesti dikeji.
“Namun, saya hairan kenapa Ketua Polis Negara tidak pula bertindak apabila gambar-gambar Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail, almarhum bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin pembangkang diubahsuai dan diaibkan di media sosial, selain di poster dan risalah ataupun dipijak dan dibakar gambar mereka,” katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Khalid bahawa polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap individu yang memuat naik gambar mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:
Post a Comment