16/1/16
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyangkal dakwaan bahawa parti itu
menyokong Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai calon Pakatan
Harapan untuk jawatan perdana menteri.
"Hanya yang gila akan
percaya fitnah gila sebegitu rupa," kata pengarah komunikasi AMANAH,
Khalid Samad dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas dakwaan tersebut yang menjadi viral di media sosial.
Khalid menyifatkan ianya sebagai bukti keadaan semakin terdesak mereka yang bencikan AMANAH.
"Sedangkan
dunia maklum bahawa calon perdana menteri Malaysia yang telah
diputuskan sebulat suara oleh Pakatan Harapan, sejak penubuhannya adalah
Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Khalid menggesa orang ramai
supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan itu dan
beliau menjangka banyak lagi tuduhan bakal dilemparkan terhada parti itu
selepas ini.
"Ini adalah hasil perasaan cemburu pihak tertentu
betapa AMANAH dalam masa hanya beberapa bulan telah berjaya berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan Pakatan Harapan,"
tegasnya lagi.
AMANAH sebahagian besarnya terdiri daripada
golongan progresif PAS yang telah disingkirkan daripada kepimpinan parti
oleh golongan konservatif tahun lepas.
Pakatan Harapan yang baru
dituduhkan, dianggotai PKR, DAP, dan AMANAH, yang telah menetapkan
rangka kerja yang ketat untuk mengelakkan wujud perbezaan pendapat yang
membawa kepada berkuburnya Pakatan Rakyat sebelum ini.
PAS enggan
bekerjasama dengan AMANAH dan mengisytiharkan parti itu sebagai
musuhnya. Walau bagaimanapun, ia mengekalkan hubungan dengan PKR.
Malaysiakini
Anwar 2 tahun shjkan? Slps itu lge lah seperti didedahkan razali dulu..nagunnkhalid, jgn lena
ReplyDelete