Wednesday, January 6, 2016

Graduan undang-undang terkedu kereta dicuri di luar mahkamah

6/1/16

Bagi pelatih undang-undang dalam kamar, Adrian Lee Yung Khin langsung tidak terlintas dalam fikirannya bahawa kereta Proton Waja yang diletakkan di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pagi ini akan menghadapi risiko kecurian.

Tetapi apabila kembali ke tempat itu dua jam kemudian, dia mendapati kereta lain pula yang diletakkan di sana.
"Saya tidak boleh percaya ini [...] dan saya letak agak berhampiran dengan bangunan itu," katanya kepada Malaysiakini sambil menambah bahawa beliau langsung tidak menjangkakan kecurian akan berlaku di kompleks mahkamah.
Lee juga menafikan bahawa keretanya mungkin ditarik kerana pinjaman telah diselesaikan.

Terdahulu, graduan undang-undang itu meminta bantuan warga maya untuk mengesan keretanya dengan nombor pendaftaran WMG 1505 dengan menyiarkan kejadian itu di Facebook.

Lee berkata dia memakir keretanya yang berwarna perak itu di kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi dan apabila dia kembali selepas menghadiri kes, kenderaan itu telah hilang.
Sebaliknya, kereta lain telah diletakkan di tempat yang sama sejak pukul 10.30 pagi.

"Oleh itu, kereta saya mesti dicuri sebelum itu. Terdapat juga serpihan kaca yang berkecai di tempat kejadian. Tetapi saya tidak pasti jika ia adalah dari kereta saya," katanya.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment