6/1/16
Bagi pelatih undang-undang dalam kamar, Adrian Lee Yung Khin langsung
tidak terlintas dalam fikirannya bahawa kereta Proton Waja yang
diletakkan di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pagi ini
akan menghadapi risiko kecurian.
Tetapi apabila kembali ke tempat itu dua jam kemudian, dia mendapati kereta lain pula yang diletakkan di sana.
"Saya
tidak boleh percaya ini [...] dan saya letak agak berhampiran dengan
bangunan itu," katanya kepada Malaysiakini sambil menambah bahawa beliau
langsung tidak menjangkakan kecurian akan berlaku di kompleks mahkamah.
Lee juga menafikan bahawa keretanya mungkin ditarik kerana pinjaman telah diselesaikan.
Terdahulu,
graduan undang-undang itu meminta bantuan warga maya untuk mengesan
keretanya dengan nombor pendaftaran WMG 1505 dengan menyiarkan kejadian
itu di Facebook.
Lee berkata dia memakir keretanya yang berwarna
perak itu di kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi dan apabila
dia kembali selepas menghadiri kes, kenderaan itu telah hilang.
Sebaliknya, kereta lain telah diletakkan di tempat yang sama sejak pukul 10.30 pagi.
"Oleh
itu, kereta saya mesti dicuri sebelum itu. Terdapat juga serpihan kaca
yang berkecai di tempat kejadian. Tetapi saya tidak pasti jika ia adalah
dari kereta saya," katanya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment