Wednesday, January 6, 2016

Pas tak pernah hukum Umno termasuk Najib

Sinar Harian
Nasrudin Hasan Tantawi
SHAH ALAM - Pas tidak pernah menghukum pimpinan Umno sama ada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun pemimpin terdahulu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan berkata, kerjasama antara dua parti Melayu Islam itu perlu berlandaskan kepada Islam dan bukannya perkauman.

"Masalahnya bukan nak hukum sesiapa, soal hukum itu tak berbangkit, kerjasama itu mesti dibina atas dasar yang betul, kebaikan dan kebajikan rakyat.
"Bukannya atas dasar perkauman, permusuhan dan perkara-perkara yang boleh mencetuskan dosa (kerana) setiap seruan bekerjasama itu mesti hanya untuk Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya pada Ahad lepas bahawa tidak adil untuk menghukum pentadbiran Najib kerana dosa pemimpin terdahulu kerana kegagalan kerjasama Umno-Pas.

Fathul Bari berkata sekalipun tidak bersetuju dengan kerjasama itu, pemimpin Pas tidak sewajarnya menghalang usaha ke arah kebaikan itu demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Nasrudin juga berkata, jika kerjasama itu demi atas kepentingan politik dan kebendaan, kelak umat Islam akan bergaduhan antara satu sama lain.

"Tak mungkin boleh bersatu atas faktor kebendaan, politik atau perkara lain (kerana) manusia akan bercakaran dan saling mendahulukan kepentingan masing-masing," ujarnya.
Nasrudin berkata lagi, bagaimanapun kerjasama itu tidak boleh digunakan dalam semua perkara.
"Dengan Islam saja boleh satu padukan, semua pihak tak kira parti, individu atau tokoh mana.
"Tak boleh kerjasama itu atas dasar perkara yang boleh mendatangkan dosa, maksiat, mungkar, untuk saling bermusuhan, berpihak perkauman dan rasis," katanya lagi.
Sinar Harian

1 comment:

  1. tkde sapa hukum najib atas dosa prmimpin terdahulu tp dosa najib sendiri sudah sgt besar kpd rakyat dn negara utk melayakkn dia dihukum oleh rakyat

    ReplyDelete