Pengerusi CIMB itu kecewa Iaporan pengecilan kumpulan media The Edge, penjualan TMI dan penutupan Kinibiz
PETALING JAYA : Pengecilan saiz syarikat akhbar The Edge, penjualan
portal The Malaysian Insider (TMI) dan penutupan Kinibiz merupakan satu
berita yang sedih.
Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, negara akan
menjadi ‘lebih miskin’ kerana kehilangan banyak suara-suara alternatif
dan beberapa wartawan cemerlang.
“Jika benar, ini memang sedih. Kita semua akan menjadi ‘lebih miskin’
kerana kehilangan banyak suara-suara alternatif dan beberapa wartawan
cemerlang,” katanya menerusi instagramnya.
Beliau turut memuat naik gambar laporan The Star Online yang bertajuk ‘Edge mengecil, TMI untuk dijual, Kinibiz ditutup.
The Star Online hari ini melaporkan syarikat akhbar The Edge akan
menumpukan kepada perniagaan terasnya dan menyatakan portal miliknya
iaitu TMI akan dijual.

No comments:
Post a Comment