FMT
Kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor kenyataan peribadi.
SHAH ALAM: AMANAH Nasional berkata parti itu berpuas hati kerana diberi kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketika diminta menjelaskan kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham
Hashim semalam, Khalid berkata ia kenyataan peribadi dan bukan
pendirian AMANAH.
“AMANAH puas hati diterima dalam negeri Selangor,” kata Pengarah
Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad dalam sidang media di Pejabat Ahli
Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri Izham. Ketika ditanya sama ada AMANAH
akan terima pelawaan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
sekiranya ditawarkan jawatan EXCO, Khalid berkata tidak perlu.
“EXCO? Tidak payahlah. Kita cuma dua kerusi (ADUN). Parti baharu lagi, setakat ini kami gembira,” ujarnya.
Sebelum ini, Izham dilaporkan tidak berpuas hati dengan pemberian
lapan kerusi ahli majlis PBT. Izham sebaliknya meminta
sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk AMANAH.

No comments:
Post a Comment