Friday, January 8, 2016

Kuota PBT: AMANAH puas hati

FMT

 | January 8, 2016
Kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor kenyataan peribadi.
Khalid-Abdul-Samad
SHAH ALAM: AMANAH Nasional berkata parti itu berpuas hati kerana diberi kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketika diminta menjelaskan kenyataan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim semalam, Khalid berkata ia kenyataan peribadi dan bukan pendirian AMANAH.

“AMANAH puas hati diterima dalam negeri Selangor,” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Izham. Ketika ditanya sama ada AMANAH akan terima pelawaan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sekiranya ditawarkan jawatan EXCO, Khalid berkata tidak perlu.

“EXCO? Tidak payahlah. Kita cuma dua kerusi (ADUN). Parti baharu lagi, setakat ini kami gembira,” ujarnya.
Sebelum ini, Izham dilaporkan tidak berpuas hati dengan pemberian lapan kerusi ahli majlis PBT. Izham sebaliknya meminta sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk AMANAH.

No comments:

Post a Comment