7/1/16

Berikutan aktiviti perlombong bauksit yang menyaksikan sekitar bandar
Kuantan dilitupi debu merah, isteri Tengku Mahkota Pahang hari ini
mempersoalkan sama ada moratorium tiga bulan yang diumumkan kerajaan
semalam adalah mencukupi.
"Alhamdulillah... tetapi tiga bulan
sahaja?" kata Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah di Instagram sambil memuat-naikkan keratan sebuah akhbar
mengenai moratorium itu.
Beliau menganggap perkembangan itu
sebagai "menyedihkan" dan sebelum ini menzahirkan rasa dukacita terhadap
pencemaran akibat aktiviti bauksit di negerinya itu.
Kenyataan itu dibuat ketika ada rakyat yang memohon campur tangan pihak istana dalam perkara itu.
"Kita perlu campur tangan Raja-raja," kata pengguna Instagram firdaus_norazmar yang mengulas kemas-kini Tengku Puan Pahang itu.
Ada
juga yang mengeluh kerana pihak istana tidak lagi mempunyai kuasa
mengarahkan kerajaan negeri untuk menghentikan aktiviti berkenaan.
"Tuanku, tolong buat sesuatu. Kami rakyat jelata tidak ada suara lagi, "kata seorang lagi pengguna Instagram mattmarzuki.
Tunku Azizah adalah suami Tengku Mahkota Pahang, Tunku Abdullah Ahmad Shah.
Bagaimanapun,
posting di laman Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram)
menunjukkan ramai yang tidak menaruh harapan bahawa pihak istana mampu
membantu mereka.
Mereka mendakwa bahawa aktiviti perlombongan berlaku di tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja.
No comments:
Post a Comment