17/1/16
Seorang anggota parlimen India ditangkap polis awal hari ini kerana
didakwa menyerang seorang pengurus syarikat penerbangan Air India.
Midhun
Reddy, Anggota Parlimen Rajampet dari negeri Andra Pradesh, ditangkap
pada kira-kira 1 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa
Chennai setelah gagal menghadirkan diri di balai polis tempatan
berikutan kejadian pada 25 November tahun lepas itu.
India Today,
sebuah laman sesawang akhbar terkemuka India, melaporkan bahawa anggota
parlimen itu ditahan reman 14 hari bagi membantu siasatan polis.
Menurut
laporan itu, Reddy dituduh menampar MP Rajasekhar kerana tidak
membenarkan saudara maranya menaiki pesawat setelah waktu untuk berbuat
demikian berakhir.
Anggota parlimen itu disiasat bagi tiga tuduhan
iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, menceroboh dan menggunakan
kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.
Beberapa
media India memberi fokus terhadap tindakan yang disifatkan sebagai
'budaya VVIP' itu dan menggesa Perdana Menteri Narendra Modi mengambil
langkah untuk menghentikannya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment